1 August 2011

PENGENALAN

Badan Pengurusan Pangsapuri Kos Rendah Taman Ampang Saujana

Tujuan utama blog ini diwujudkan oleh pihak Badan Pengurusan adalah kerana merasakan blog adalah satu medium atau wadah untuk menyalurkan maklumat dan berkongsi informasi berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di Pangsapuri Taman Ampang Saujana.

Untuk makluman, Badan Pengurusan Pangsapuri Kos Rendah Taman Ampang Saujana ini ditubuhkan pada Jun, 2008 dan ia diuruskan sendiri tanpa khidmat 'agen pengurusan'. Tugas dan tanggungjawab Badan Pengurusan adalah menyenggarakan harta bersama dengan sempurna, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, menginsurankan bangunan terhadap kebakaran, mentadbir dan mengawal Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan (Maintenance), membuka dan menyenggara Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund), menguatkuasakan kaedah-kaedah dalaman (house rules), membayar bil-bil elektrik lampu tangga dan membaiki kerosakan-kerosakan ke atas harta hakgunasama (comman area and comman property) seperti saluran air hujan, tangki air utama, tangga, tong sampah atau rumah sampah, longkang, bumbung dan kebersihan tangga dan koridor.

Matlamat Badan Pengurusan ini ditubuhkan bukan untuk membuat keuntungan, ianya lebih kepada memberi perkhidmatan pengurusan kepada penduduk dan memaklumkan betapa pentingnya pembayaran yuran penyenggaraan (Akta 663 - Akta Bangunan dan Harta Bersama).

Sehubungan dengan itu, Badan Pengurusan berharap dengan adanya blog ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara Badan Pengurusan dengan penduduk Taman Ampang Saujana. Insya-allah, dari masa ke semasa blog ini akan dikemaskini untuk memberi informasi dan maklumat berguna kepada semua penduduk Taman Ampang Saujana.

Kerjasama dan sokongan dari anda amatlah kami hargai.


2 comments:

Shafizan Azizi said...

Inilah blog JMB Taman Ampang Saujana

Ita said...

Komen-komen yg ditulis haruslah bagi membantu pihak JMB bagi mengutip tunggakkan caj penyelenggaraan dari penduduk2 yg enggan & msh gagal membuat bayaran.